Friday, June 3, 2011

kisah cinta seseorang....


Assalamualaikum...wah..lama gila tak update..hehehe..dah masuk U, busy sikit..(yo la tu.. XD). Hmm..berdasarkan tajuk diatas..hehe..de citer sebenarnye, dah lama x wat camni..tiba2 rajin nak citer..citer nye begini ye adik2..hoho..

   Once upon a time...hehehe..x men dh once upon a time ni, tu dulu2..sekarang men terjah je..mcm Nas Ahmad yg suka terjah2 tu..huhu..dah3..bila nak mula ni..dok mengarut ja..

   Okay..perempuan ni nama dia Nur (bukan nama sebenar) and lelaki tu pulak nama Qim (bukan nama sebenar).  Qim dah lama berhubungan melalui mesej dengan Nur ni.  Suatu hari tu Qim ajak Nur berjumpa dekat luar. Si Nur ni takut, ye la baru 15 tahun. Bukan x pernah keluar, cuma ni pertama kali keluar naik bas sorang2 and pergi jumpa seorang lelaki yang dikenali hanya melalui mesej.  Dah kenal dari sekolah rendah, tapi x berapa nak kenal sangat. Si Qim tu umurnya 17 tahun, baru habis exam SPM, tengah cuti sekolah la masa 2.  So, maknanya Nur pun baru habis exam PMR la.  So, akhirnya dorg decide nak jumpa kat shopping complex. Qim kata nak tengok wayang, terus panic si Nur tu bila baca mesej, sebab first time nak tengok wayang dengan lelaki yang baru kenal. Then, Nur pun setuju.  Lepas habis mesej 2, pe lagi si Nur tu, terus lari masuk bilik and kunci.  Rupa2 nya cari baju untuk nak pakai masa jumpa dengan Qim nanti.  Sampai mcm 2 sekali..ish..ish..ish. Semangat betul Nur nak iron baju, sambil nyanyi2 pulak tu. Tapi, lepas iron baju nak iron tudung pulak. Terus jerit, "Kakkkkkkkk!!! Iron tudung aku sat!" hahaha.. semangat nak jumpa tapi nak iron tudung x reti lagi, malu2. 

   Keesokan harinya, Nur bangun awal. Excited plus nervous. Nak jumpa pukul 12 tengah hari, pukul 10 pagi dah siap. Semangat! Tunggu punya tunggu, tengok jam, baru pukul 10.30 pagi. Tiba2 rasa sakit perut. Nur dah gelisah, pukul 11 nak pergi tunggu bas dah, boleh pulak nak sakit perut masa 2. Haa..ni la masalah Nur. Dia kalau nervous, mula la sakit perut. Then, dia terus cari ubat and makan. Lepas tu keluar, pergi tunggu bas. Adoi..sakit lagi. Nur x tau nak wat camna dah, tahan je sakit perut dia 2. Sanggup! Lepas beberapa minit, bas datang, alhamdulillah. Nur duduk di bahagian tepi tingkap, perut pun dah ok sikit. Sambil2 tengok "pemandangan" kat tepi tingkap 2, Nur bermesej dengan Qim. Nur bertanya, mcm mana nak cam Qim bila dah sampai nanti and Qim tunggu kat mana. Then, Qim kata dia pakai baju warna pink, dalam hati Nur mcm x selesa sebab dia x suka lelaki yang pakai baju warna pink, tapi Nur redha je la. Then, Qim kata dia tunggu dekat tangga utama shopping complex 2.

   Tiba2 sakit perut datang balik sebab bas yang dinaiki Nur 2 dah nak sampai ke tempat yang di tuju.  Tapi sakit perut yang dialami Nur masa dalam bas 2 tiba2 jadi serius.  Meremang bulu roma dekat tangan Nur.  Nur merasa mukanya menjadi pucat. Nur gelabah, x tau nak wat apa. Dia menekan perutnya tu, sangat sakit! Hanya Allah yang tau bgaimana perasaan Nur masa tu. De beberapa orang dalam bas trsebut tengok Nur yang berada dalam kesakitan tu. Akhirnya, bas tu berhenti. Dah sampai! Nur terus berlari sambil menekan perutnya tu. Dia berlari menuju ke arah farmasi dan meminta ubat tahan sakit perut. Lepas 2, Nur pergi beli air pulak, and makan ubat 2. Dia duduk sekejap sebelum pergi berjumpa dengan Qim. Nur menghantar mesej kpd Qim, mengatakan yang dia lambat sedikit.  Lepas sakit yang dialami Nur dah mula reda, Nur menapak jalan menuju ke shopping complex tersebut.  Mata Nur x lepas dari memandang ke arah tangga yang dimaksudkan oleh Qim tadi. Tapi terlalu ramai, dia x nampak Qim.

   Sebelum melintas, Nur terhenti sambil memandang ke arah lelaki yang tengah berdiri, sedang menunggu seseorang, dan memakai baju warna PINK! Nur terpaku. Walaupun rambut lelaki 2 serabut dan x kemas tapi Nur tiba2 teringat artis Korea yang diminati olehnya. Sebijik! Muka nak sama. Nur mula berfikir, yang 2 ke Qim? Dia memberanikan diri, melintas jalan dan menuju ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu memandang Nur. Nur nervous! Then, lelaki 2 tanya, "Nur ke?". Nur hanya mengangguk sambil tersenyum. Berdebar rasanya bila bertembung mata! Lemah lutut Nur. Then, Qim ajak Nur masuk ke dalam shopping complex tu. Semasa berjalan, dalam hati Nur berdebar-debar. Takut,nervous,excited, semua de la. Qim dan Nur x banyak bercakap. Masing2 malu nak bersuara. Tapi dalam malu2 tu, Nur tahu Qim memerhatikannya dalam diam. Begitu juga dengan Nur. "Hensemnye!", kata Nur dalam hati. Bersambung.....