Friday, June 3, 2011

kisah cinta seseorang....


Assalamualaikum...wah..lama gila tak update..hehehe..dah masuk U, busy sikit..(yo la tu.. XD). Hmm..berdasarkan tajuk diatas..hehe..de citer sebenarnye, dah lama x wat camni..tiba2 rajin nak citer..citer nye begini ye adik2..hoho..

   Once upon a time...hehehe..x men dh once upon a time ni, tu dulu2..sekarang men terjah je..mcm Nas Ahmad yg suka terjah2 tu..huhu..dah3..bila nak mula ni..dok mengarut ja..

   Okay..perempuan ni nama dia Nur (bukan nama sebenar) and lelaki tu pulak nama Qim (bukan nama sebenar).  Qim dah lama berhubungan melalui mesej dengan Nur ni.  Suatu hari tu Qim ajak Nur berjumpa dekat luar. Si Nur ni takut, ye la baru 15 tahun. Bukan x pernah keluar, cuma ni pertama kali keluar naik bas sorang2 and pergi jumpa seorang lelaki yang dikenali hanya melalui mesej.  Dah kenal dari sekolah rendah, tapi x berapa nak kenal sangat. Si Qim tu umurnya 17 tahun, baru habis exam SPM, tengah cuti sekolah la masa 2.  So, maknanya Nur pun baru habis exam PMR la.  So, akhirnya dorg decide nak jumpa kat shopping complex. Qim kata nak tengok wayang, terus panic si Nur tu bila baca mesej, sebab first time nak tengok wayang dengan lelaki yang baru kenal. Then, Nur pun setuju.  Lepas habis mesej 2, pe lagi si Nur tu, terus lari masuk bilik and kunci.  Rupa2 nya cari baju untuk nak pakai masa jumpa dengan Qim nanti.  Sampai mcm 2 sekali..ish..ish..ish. Semangat betul Nur nak iron baju, sambil nyanyi2 pulak tu. Tapi, lepas iron baju nak iron tudung pulak. Terus jerit, "Kakkkkkkkk!!! Iron tudung aku sat!" hahaha.. semangat nak jumpa tapi nak iron tudung x reti lagi, malu2. 

   Keesokan harinya, Nur bangun awal. Excited plus nervous. Nak jumpa pukul 12 tengah hari, pukul 10 pagi dah siap. Semangat! Tunggu punya tunggu, tengok jam, baru pukul 10.30 pagi. Tiba2 rasa sakit perut. Nur dah gelisah, pukul 11 nak pergi tunggu bas dah, boleh pulak nak sakit perut masa 2. Haa..ni la masalah Nur. Dia kalau nervous, mula la sakit perut. Then, dia terus cari ubat and makan. Lepas tu keluar, pergi tunggu bas. Adoi..sakit lagi. Nur x tau nak wat camna dah, tahan je sakit perut dia 2. Sanggup! Lepas beberapa minit, bas datang, alhamdulillah. Nur duduk di bahagian tepi tingkap, perut pun dah ok sikit. Sambil2 tengok "pemandangan" kat tepi tingkap 2, Nur bermesej dengan Qim. Nur bertanya, mcm mana nak cam Qim bila dah sampai nanti and Qim tunggu kat mana. Then, Qim kata dia pakai baju warna pink, dalam hati Nur mcm x selesa sebab dia x suka lelaki yang pakai baju warna pink, tapi Nur redha je la. Then, Qim kata dia tunggu dekat tangga utama shopping complex 2.

   Tiba2 sakit perut datang balik sebab bas yang dinaiki Nur 2 dah nak sampai ke tempat yang di tuju.  Tapi sakit perut yang dialami Nur masa dalam bas 2 tiba2 jadi serius.  Meremang bulu roma dekat tangan Nur.  Nur merasa mukanya menjadi pucat. Nur gelabah, x tau nak wat apa. Dia menekan perutnya tu, sangat sakit! Hanya Allah yang tau bgaimana perasaan Nur masa tu. De beberapa orang dalam bas trsebut tengok Nur yang berada dalam kesakitan tu. Akhirnya, bas tu berhenti. Dah sampai! Nur terus berlari sambil menekan perutnya tu. Dia berlari menuju ke arah farmasi dan meminta ubat tahan sakit perut. Lepas 2, Nur pergi beli air pulak, and makan ubat 2. Dia duduk sekejap sebelum pergi berjumpa dengan Qim. Nur menghantar mesej kpd Qim, mengatakan yang dia lambat sedikit.  Lepas sakit yang dialami Nur dah mula reda, Nur menapak jalan menuju ke shopping complex tersebut.  Mata Nur x lepas dari memandang ke arah tangga yang dimaksudkan oleh Qim tadi. Tapi terlalu ramai, dia x nampak Qim.

   Sebelum melintas, Nur terhenti sambil memandang ke arah lelaki yang tengah berdiri, sedang menunggu seseorang, dan memakai baju warna PINK! Nur terpaku. Walaupun rambut lelaki 2 serabut dan x kemas tapi Nur tiba2 teringat artis Korea yang diminati olehnya. Sebijik! Muka nak sama. Nur mula berfikir, yang 2 ke Qim? Dia memberanikan diri, melintas jalan dan menuju ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu memandang Nur. Nur nervous! Then, lelaki 2 tanya, "Nur ke?". Nur hanya mengangguk sambil tersenyum. Berdebar rasanya bila bertembung mata! Lemah lutut Nur. Then, Qim ajak Nur masuk ke dalam shopping complex tu. Semasa berjalan, dalam hati Nur berdebar-debar. Takut,nervous,excited, semua de la. Qim dan Nur x banyak bercakap. Masing2 malu nak bersuara. Tapi dalam malu2 tu, Nur tahu Qim memerhatikannya dalam diam. Begitu juga dengan Nur. "Hensemnye!", kata Nur dalam hati. Bersambung.....
 

Tuesday, April 19, 2011

hmmm...nak share feeling ar..


Assalamualaikum...hm.de soalan nak tanya ni, salah ke kalau aku cakap aku x mengharap sangat nak kahwin?? yela,aku kan perempuan, x kan x nak kahwin..2 yang dorg cakap kat aku la..de yang siap marah-marah lagi.. kata x patut cakap macam 2 la, x baik la..hm..macam-macam.

Aku saja la cakap macam 2, sebab aku x nak bagi harapan sangat kat diri aku ni..nanti mengharap sangat jadi lain pulak..hm. sapa la nak kat aku ni..hehe

xpela..tiba-tiba plak rasa nak wat sajak..huhu.dah lama x wat..besa la, dulu jiwang, sekarang x dah. x de sape aku nak "menjiwang"..huhu

what should i do
when sometimes i feels like i need someone badly;
because the someone that i need is no longer here,
what should i do
when i talk about someone that i shouldn't talk about;
because i don't know what i should  talk about,
what should i do 
when i walk alone in the night;
because nobody want to accompany me,
what should i do 
when i hear a song, i think about someone
because the song is related to the person, 
what should i do
when i suddenly no longer know how to dress up myself;
because i don't know to whom i must dress up,
and what should i do
when i sat alone, under the moon, searching and thinking about someone;
because the someone that i thought and search are
someone that I am not worthy to be held..
 
--THE END--

Saturday, March 26, 2011

kakak aku khwin..!!

Annyong!!!assalamualaikum..long time no see..hhuhu..besa la busy as usual..hm.nk cter sikit pasal kakak aku yang ketiga tu, dia baru kahwin masa Sabtu lepas.. 19 Mac 2011. Tema dia warna turquoise.
Alang2 nak citer pasal dia..citer skali ar pasal keluarga aku..x pernah citer lagi an??hehehe.. so, please give me an attention okey???hhuhuhu..

mula-mula...
 ni bapak aku..cian dia, nmpak x bermaya :(
nama: ISMAIL MYDIN

ni plak mak aku..
nama: SHAR'IN JOHARI

kakak aku yang first
nama: SUKAINA ISMAIL
umur: RAHSIA (nnti kena marah..huhu)

kakak aku yang kedua
nama: NURUL HIDAH ISMAIL
umur: 27 thun

 ni kakak aku yang ketiga..yg kawin 2..
nama: SUHAIZA ISMAIL
umur: 23 thun

 ni kalau x kenal, mmg nk kena la kn??huhu..ni aku,yg bongsu



kami 4 bradik..

muka kami 4 beradik ni macam budak2 kan..wlaupun umur dh tua..hahah..nk tau rhsia, sila tnya mak aku ye..dia awet muda tau, haha..ramai panggil dia kakak, bukan mak cik..huhu. mak..mak..hmmm

 kak ana ngan suami dia..abg salleh
dorg pun baru kawin je..thun lepas, 25 Dec 2010

 ni yang baru kawin la..suami nama fauzi aka abg pojie..huhu
 bagus2!! buat kerja 2 naa.. aku tgkap gmbar je and sometimes bg bunga telur

 ololo.. jgn tercekik sudah..

 ni bilik yg di hias utk dorg..

kek utk dorg..nsb bek sdap..huhu

ok..thats all.hehe..mlas nk type dh..bye!! wassalam

Monday, March 14, 2011

---apabila AKU MAKAN--- hehehe...

Annyong haseyo and assalamualaikum..hehe..dh lama x update kn??huhu..mlas doh..n buzy ok! bnyk sgt tests,quizzes,assignments..mcm2 lagi la.  smpai x ckup jari dah nk kira bnda2 tu..hahah. just joking! now, i would like to introduce myself when i'm eating bcoz of hungry or kebulur..hoho.. saja nk upload, tbe2 bnyak plak gmbar camtu dlm collection gmbar aku..thanks to my sisters that took the picture..lol..!!;-p


kecik la plak gmbar ni..ahhhh!malas nk edit len..hhehehe..sowy! pe2 pn skrg ni aku mmg suka mkn.. makan, makan, dan terus makan! hehehe.. dah x kesah dah gemuk ke, kurus ke, janji aku bahagia..ye ke bahagia???hehe..pe2 je la..yang penting aku nk list kan pe yang aku suka makan..jeng--jeng--jeng....:-

aKu SuKa MkN aPa?? 
  
1.  ICE CREAM!!

2.   FERRERO ROCHER!!

3.  ICE CUBE!..hehe

4.  KEROPOK

5.  MC DONALDS  

6.  CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

7.  MASAKAN TOMYAM

8.  LASTLY, OF COURSE MASAKAN MAK!!
 HMM...NYUM!NYUM! ;p

that's all from me..hehe..ANNYONG!!!   


 

Tuesday, March 1, 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA.. ;-)

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

credit to iluvislam.com

Saturday, February 19, 2011

kUpOn! KuPoN! kUpOn!!

Setelah lma x update blog ni, akhirnya di updatekn jgk disbbkn oleh KUPON.. mmg sengal gler ar.. dh la pnat kmas bilik, pas2 ble g event lain, de ke ptut x di beri nye KUPON 2... bak kte bdk laki 2, "utk peserta je.."
eii..mmg nk kna ganyang ar kn!! sperti di nyatakan classmates aku.."dorg yg wat event ni kna amik course OM yg de subjek BBM 110 ngan handle event ni..!" btul x kwn2?? hmm..pe2 pn prut dh knyang, wlaupn hati pnuh dgn kdukaan (ayat xleh blah..ahahah).. even kami smua marah2, kitorang smpat lg ye brgambar..hehe.. SILA RUJUK DI BAHAGIAN BAWAH..hhuhu


sebelum prgi hepi la kn..hehe
peace ya!







muka Husna jelas mnunjukkan bantahan ye..hehe


ni la akibat nye xdpt kupon..frust
hehehe..gurau je

stakat ni sje prtemuan kita..hehe.. kpd ssiapa yg handle kupon ni, jge2 la sblum kitorg mgganas.. bak kte SAPI: "kita bakor je!"(dgn aksi tgn yg lemah gemalai ye..huhu) heehehe...hnya gurauan smata-mata..
ANNYONG!!!! :p

 

Thursday, December 2, 2010

4D Leader SS501 - KIM HYUN JOONG!!

Dah lama x update blog..huhu..terasa malas la pulak..ari ni update sebab aku nk sangat citer pasal mamat hensem ni..huhu..dulu mmg dah suka, tapi x la fanatik sangat.. masa ari pe ntah, aku x ingat, saja2 la bukak astro hitz sebab de lagu2 KPOP..pas2 de lagu ni, best jugak.. and aku pun download la lagu 2.., tengok MV lagu 2 kat youtube.. last2 aku terpikat ngan mamat hensem 2..haha..
    Tiba2 rasa nk tau lagi tentang dia..dlm drama BOYS OVER FLOWER tu nampak perangai dia macam pendiam, x banyak cakap.. tapi x pun..2 just role dia dlm drama 2.. dia ni jnis gila2 rupanya.. sbb 2 dia di gelar 4D LEADER SS501.. hahaha..
   Punya la gila2 tengok video dia dlm youtube..tiap2 ari tido lambat..haha.. addicted! de reality show ni, tajuk THANK YOU FOR WAKING ME UP.. tengah2 malam aku dok gelak macam orang gila..lawak sangat.. haha..ni gambar2 dia..




 hensem x? hensem x?huhuhu




ni masa drama terbaru dia.. PLAYFUL KISS..



 dalam citer BOYS OVER FLOWER dgn Goo Hye Sun..




photoshoot dgn YOON EUN HYE..yg berlakon dlm citer Coffee Prince tu..hehe



group SS501.. dari kiri : Park Jungmin, Kim Gyu Jong, Kim Hyun Joong, Heo Yongsaeng, Kim Hyung Joon

hmm..bnyk lg nk citer tp mcm malas la plak..dah mngantuk..hehe.. i'll keep on watching u oppa!!huhu.. daa!!